Friday, 19 December 2014

teknik asas

SILAT: 7 TEKNIK ASAS UNTUK MAHIR BERSILAT


SILAT merupakan sebuah seni beladiri orang Melayu. Teknik berlawan di dalam Silat adalah berasal daripada kaedah seni peperangan orang Melayu. Silat dapat diaplikasikan samada anda diserang oleh seorang musuh mahupun diserang secara ramai. Terdapat banyak teknik berlawan yang anda boleh pelajari di dalam Silat. Namun, terdapat 7 teknik yang perlu anda mahir untuk menjadi seorang pesilat yang handal samada di gelanggang atau di jalanan.
Ketujuh teknik-teknik ini bukanlah teknik yang terlalu kompleks atau rumit. Tetapi anda perlu latihkan teknik-teknik ini setiap hari supaya anda dapat memahirkannya. Guru Silat akan membantu anda meningkatkan lagi kemahiran berlawan terutamanya kepada pesilat yang mempunyai personiliti dan sikap yang baik dan unik.

Berikut TUJUH teknik di dalam Silat yang dimaksudkan tadi ;


1. TUMBUKAN. Tumbuk Rejam/Terus dan Sauk adalah teknik terbaik di dalam Silat. Jika serangan yang dibuat tepat mengenai sasaran penting (vital point), ia boleh membawa maut. Senaman seperti tekan-tubi dan latihan angkat beban boleh meningkatkan kuasa tumbukan anda.
2. TENDANGAN. Konsep `lebih tinggi anda tendang, lebih baik` adalah tidak relevan bagi Silat. Anda perlu meningkatkan teknik tendangan tepat ke sasaran untuk menumbangkan lawan anda. Anda boleh melatih dengan menggunakan alat sasaran seperti `kicking target` dan `punching bag`. Tendang-depan adalah tendangan terbaik kerana kuasa impak tendangan terus badan lawan. Tingkatkan kuasa tendangan dengan menguatkan otot peha dan betis.

Contoh Teknik Siku
3. SIKU. Merupakan serangan unik dalam Silat yang juga terdapat dalam Kick-Boxing, Tomoi, dan seni beladiri lain. Kebiasaannya, teknik ini digunakan apabila anda sedang mengelirukan lawan dengan pergerakan badan. Impak yang kuat terus ke rahang lawan dapat menumbangkan lawan.

Contoh Teknik Sapuan
4. SAPUAN. Teknik ini biasa digunakan di dalam sukan Silat Olahraga. Tidak banyak atlet seni beladiri menggunakan teknik ini di dalam perlawanan mereka. Anda bole gunakan teknik ini untuk menjatuhkan lawan. Impak jatuhan akibat terkena teknik ini boleh membuatkan lawan anda koma.

5. TANGKAPAN. Inilah jawapan kepada mana-mana seni beladiri yang gemar menggunakan kaki sebagai serangan utama (contoh: Tae Kwan Do, Tomoi, dll). Kebiasaannya, teknik ini akan diikuti dengan menghentak lawan ke tanah/lantai atau serangan terus yang dapat menyakitkan lawan dengan teruk.
Contoh Teknik Tangkapan

6. KUNCIAN. Kebanyakan teknik kuncian di dalam Silat akan diakhiri dengan mematahkan sendi atau tulang lawan itupun jika lawan cuba melawan kuncian anda. Teknik terbaik jika digunakan di dalam perlawanan jarak dekat samada tangan kosong atau bersenjata.

7. POTONG. juga bermaksud "Serang-Balas". Digunakan apabila serangan anda ditepis/tangkap. Apabila teknik ini digunakan semasa menggunakansenjata, ia boleh membawa maut atau setidaknya cedera parah. Teknik terbaik untuk mengalahkan lawan dari seni beladiri yang sering menggunakan teknik tangkapan dan kuncian.
Contoh Teknik Potong
Tujuh teknik beladiri ini sangat berkesan dan sangat bahaya jika digunakan dalam perlawanan di luar gelangang atau di jalanan. Anda seharusnya tidak menggunakan teknik berbahaya ini melainkan terdesak. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda ingat yang teknik-teknik ini hanyalah untuk mempertahankan diri. Ingatlah, seorang Pesilat yang HEBAT adalah seseorang yang mempunyai HATI MURNI.

Sumber : http://pusatcemerlangsilat.com/silat-article/7-fighting-techniques-you-need-to-master-in-silat/

No comments:

Post a Comment