Monday, 1 December 2014

silat di nusantara

.


SILAT : WARISAN SENI KEPAHLAWANAN MELAYU

Salam...

Silat Melayu atau Silat Nusantara? Seni bela diri yang hanya kita temui di gugusan kepulauan nusantara dan tanah besar Asia Tenggara sahaja. Pergerakkannya memang berbeza jika di bandingkan dengan seni bela diri yang lain yang terdapat di dunia. Antara seni bela diri yang amat terkenal di seluruh dunia ialah kung fu @ wushu di China, karate, jujitsu, kendo di Jepun, silambam di India, eskrima di Filipina, campoera di Brazil, taekwan-do di Korea, gusti di eropah, tinju di afrika dan silat di Malaysia dan Indonesia.

Persoalan seni bela diri manakah yang paling hebat sekali? Pada saya semuanya sama sahaja. KERANA?? intipati ”seni bela diri” itu sendiri memang sama antara setiap jenis seni tersebut. Saya bukanlah seorang pendekar mahupun pahlawan. Sekadar berkongsi cara.

Tu mukadimah baru yek.

Saya memulakan karier seni persembahan ketika berusia 11 tahun, mengikuti pertandingan genderang dan koir sebagai wakil sekolah . mungkin awal lagi kot. Kerana saya pernah menduduki tempat ketiga dalam sebuah pertandingan nyanyian bintang kecil ketika berusia 10 tahun. Lepas naik tingkatan, dah tak tahu nak gilap bakat bagaimana. Taulah, rupa pun tak de, pakaian camping jek.

Pada usia 13 tahun, atas paksaan dan pujukan seseorang dalam keluarga, maka aku pun pergilah belajar silat di bawah tunjuk ajar guru silat, Cikgu Nayan. Selama 2 tahun. Tapi bukan setiap hariler. Malam lepas isya’. Belajar sekadar untuk bermain-main, bukan untuk berlawan ke ape. Di situlah bermulanya pengetahuan silat yang aku tahu hingga ke hari ini. Tapi tak amal pun. Dah lama dah. Tetapi latihan selama 2 tahun tu sesungguhnya telah melembutkan setiap pergerakkanku. Masa tu aku tak tau la.

Peringkat demi peringkat aku belajar. Silat keturunan tok guru aku, silat Pekalongan Indonesia, silat skrema Filipina dan peringkat pertama silat Keruyuk. Tak habis belajar rupanya. Tak dan nak belajar senjata, semuanya tangan kosong. Senjata? Seperti kayu panjang, kayu dua, pisau 1, pisau 2 dan parang/pedang. Semuanya di atas diajar oleh guru yang satu je.
Dulu masa kecik3, aku sangat minat menonton filem cina dan filem tamil. Pasalnya ada adegan bertumbuk gaduh ni. Sekarang kita disumbat pula dengan seni bela diri tomoi dari siam. Malah di siaran tv berbayar pun ada satu rancangan bertajuk fight master..dari rancangan inilah aku nak menulis tentang tajuk ni. Malahan lagi di USM Penang (univer aku ni) ada kursus kajian tentang silat. Drama bersiri epik yang aku paling tak lupa sepanjang zaman tentang silat ialah 'Pendekar Kundur' dan 'Keris Hitam Bersepuh Emas' lakonan mantap Eman Manan bersama-sama kawan-kawannya. filem luar bukan Melayu yang terbaru ialah filem 'Langkasuka'. Filem Indonesia tak kira luar sebab dorang pun Ras Melayu jugok.

Maka aku pun adalah sikit nak berkongsi dengan para pembaca..
Antara jenis silat di Malaysia dan Indonesia termasuk yang berada di bawah PESAKA, antaranya ialah silat cekak pelbagai aliran, silat gayung pelbagai aliran, silat harimau, silat kera, silat cimandi, silat gerak ilham, silat laksamana, silat sendeng dan banyak lagilah.. yang pastinya silat pulut, silat telur dan silat wayang bukan dalam kategori tersebut di atas yek..


Dalam seni bela diri terdapat 3 pergerakan penting iaitu pergerakan bertahan (tepis dan elak), pergerakan menyerang dan pergerakan imbang badan. Manakala dalam silat ditambah 2 pergerakan lagi iaitu pergerakan kunci dan pergerakan batin (tenaga dalam atau bantuan makhluk halus). Dan untuk pertandingan ada pergerakan siaga atau bersedia. Terdapat juga 2 lagi bahagian dalam pertarungan silat iaitu bunga silat (pergerakan siaga) dan buah silat (pergerakan bertahan, menyerang dan kunci)
.
Setiap seni bela diri juga akan mengajar tentang teknik menyerang pada bahagian penting atau mudah cedera (vital points) di badan manusia. Ada juga yang menyerang pada sistem mata urat manusia. Itu adalah tahap tinggi bagi seseorang yang terlatih dalam seni bela diri. Pesilat tahap tinggi juga mesti mempunyai satu lagi jenis gerakan ketika bertarung iaitu ’acah’.

Inti pati seni beladiri termasuk silat ialah mengunakan kekuatan dan kelemahan manusia untuk mematahkan serangan lawan. Sama ada lawan yang dicari atau datang sendiri. Silat ialah perlawanan dalam bentuk fizikal dan mental. Maka susah sedikit jika membicarakannya melalui tulisan.

4 perkara penting ketika dalam pertarungan atau pergaduhan sama ada secara perseorangan atau berkumpulan atau satu lawan ramai ialah, pertama sekali tentunya kebijaksanaan akal fikiran , kedua kemahiran seni bela diri, ketiga kekuatan tenaga dan ketahanan badan dan keempat kepantasan pergerakan dan penaakulan serta merubah cara serangan dan pertahanan. Badan manusia merupakan satu senjata yang hebat berbanding senjata lain kerana senjata lain digerakan oleh manusia manakala senjata manusia merupakan senjata ciptaan tuhan yang ulung. Dan yang paling utama dalam setiap pertarungan ialah kesabaran dan tumpuan.

Ramai anak muda sekarang, yang Melayu jati, mak Melayu bapak pun Melayu tidak berminat dengan silat. Tidak ramai yang belajar cara pertahanan diri ini. Sebabnya.. antaranya ialah kerana nak belajar silat sangat bersangkut rapat dengan ibadah, sembahyang kena penuh, minum arak tak boleh, taat kepada ibu bapa. Maka mat rempit mana yang ada belajar silat ni?mmm... Lagi kerana silat ni ’dilihat’ banyak bunga macam nak menari jek. Tangan sentiasa mengalai-alai. Tapi yang sebenarnya semua jenis tarian Melayu berasal dari cara pergerakan bunga silat ni. Tak caya buatlah kajian dik. Lagi... Nak belajar silat kena hafal mantra mantera, jurus dan isim. Ada banyak pantang larang. Ada syarat-syaratnya. Salah baca, terlebih perlakuan boleh jadi gila. Gila isim. Padahal dengan silat atau seni bela diri lain, seorang manusia boleh jadi lebih berdisiplin. Tak menjadi samseng kerana dia tahu, dia mampu menumbangkan orang dengan hanya satu pergerakan. Latihan kesabaran menyebabkan dia menjadi bukan pembuli tegar. Orang selalu cerita bahawa jika seseorang ada silat maka orang tu suka buat hal, pukul orang, orang tak berani lawan sebab dia ada silat. Tanggapan yang menjatuhkan maruah silat. Apa salah belajar silat zahir dan tak perlu silat batin. Belajar di gelanggang dan tak perlu pergi bertapa. Jika perlu pun, kita cipta pilihan – untuk yang bercita-cita jadi pewaris jati je.

Baik hantar anak belajar karate. Tak payah baca apa-apa. Nak hafal mantra? UPSR pun buta huruf (masuk juga tingkatan 1), PMR pun 8E (masuk juga tingkatan 4), SPM pun pangkat 4 (masuk juga tingkatan 6)... nak menghafal mantra konon.. kalau GPS sekolah turun..berduyun-duyun pemantau dari KPM atau JPN datang tengok sekolah. Kalau ada kes keganasan atau kemaksiatan akhbar tahu dahulu. Upsss melalut sampai ke situ pula.. bukan apa, kesian cikgu. Baik juga hantar ke kelas taekwando. Sepak terajang jek. Tak de pantang larang pun. Nak belasah sape pun ikut awaklah. Sekarang amat famous amous ialah belajar tomoi. Kami panggil kuntau jek. KENAPA BUKAN SILAT? Aneh! Kan silat Melayu punya. Kita Melayu yang tinggal di Malaysia. Orang putih kat Jerman dan Britain susah payah pergi belajar, cari guru di Malaysia. Anak kamu? Hampeh belake! Bagi motor pergi merempit. Tak bagi takut anak belasah mak bapak, tak pun takut anak lari dari rumah. Manja sungguh anak kamu tu. Kalau aku the Punisher la, tembak mati je waktu dia Wheelie tu. SUHAKAM? Yang jadi atasan suhakam tu semua anak rumah besar, takdenye anaknye mewheelie. Doktor belake.. Rempitan tu sume anak golongan bawah dan pertengahan... geram. Maaf ye tesis ini melalut la pulak.

Begitulah permulaan perkongsian tentang seni Silat.. seterusnya bagaimana menggunakan gerakan silat untuk perkara lain, dan bagaimana pula mencipta pergerakan pertahanan, kunci dan serangan baru... teruskan bersama saya di lain masa... kang panjang2 melalut tentang masalah sosiallah pulok.

No comments:

Post a Comment